KONSEP peruncitan inovatif yang diketengahkan untuk ruang perniagaan 
komersial di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) 
mendapat sambutan baik apabila menerima maklum balas daripada 1,600 
pengendali. 
Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KonsepperuncitanbaruKLIA2dapatsambutan/Article/index_html 
Published: Jun 28, 2012
Pengurus Besar Kanan, Perkhidmatan Komersial, Malaysia Airports 
Holding Berhad (MAHB), Faizah Khairuddin berkata, proses tender yang 
dibuka tahun lalu mendapat sambutan baik di kalangan pengendali 
perniagaan termasuk daripada sektor makanan dan minuman (F&B) serta 
perkhidmatan.
“Kami mula membuka tender untuk lot komersial 
ini dalam empat fasa berbeza dengan fasa pertama dibuka pada Disember 
tahun lalu.
“Fasa ini memberi pendapatan tambahan  80 peratus kepada MAHB dan 
kebanyakan pengendali juga bersedia membayar sewa lebih tinggi apabila 
ketika awal proses tender anggaran sewaan adalah daripada RM300 satu 
kaki persegi sebulan hingga RM1,050 satu kaki persegi namun, ada 
pengendali sanggup membayar RM2,000 sebulan,” katanya.
No comments:
Post a Comment