Source from (Sinar Online): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/SesipertamabincangpenyediaanBajet2013/Article/index_html 
Published: Jun 11, 2012
SESI pertama perundingan Kumpulan Tumpuan yang diadakan pada 13 Jun 
ini akan membincangkan 16 topik penyediaan Bajet 2013 yang antaranya 
termasuk makroekonomi, sektoral dan sosial.
  Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, 
perbincangan yang bertemakan ‘Inisiatif Baru dalam Meningkatkan 
Pelaburan Swasta’ itu membabitkan beberapa pihak antaranya ahli 
perniagaan dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
  
“Perbincangan topik ini akan berpandukan kepada 84 memorandum yang 
diterima kementerian daripada pihak terbabit merangkumi 20 aspek 
makroekonomi, 49 sektoral dan 15 sosial,” katanya selepas merasmikan 
program Mengimarahkan Perpustakaan 1Malaysia di Ipoh, Perak, semalam.
  Beliau berkata, antara aspek makroekonomi yang diketengahkan 
termasuk menjana permintaan dalaman melalui peningkatan pendapatan, 
penggubalan dasar ekonomi makro dan mikro serta strategi bagi memenuhi 
kehendak kumpulan dasar.
  Bagi isu sektoral, aspek yang yang 
diberi tumpuan ialah mempertingkatkan sistem kewangan Islam, pembangunan
 kaunter Islam serta penambahbaikan pendidikan syariah untuk 
meningkatkan sektor kewangan Islam manakala isu sosial berkaitan dengan 
memperkukuh perpaduan sosial dan mengetengahkan isu belia.
  
“Perbincangan ini adalah ke arah untuk mengatasi persoalan yang mereka 
hadapi daripada segi pelaburan swasta, pembangunan sumber manusia dan 
daya saing,” katanya.
Ahmad Husni yang juga anggota Parlimen Tambun berkata, sesi pertama 
perbincangan dijangka mengambil masa kira-kira dua bulan dan dikuti 
perjumpaan dengan ahli akademik, badan profesional, kumpulan pemikir dan
 media massa bagi mendapatkan input. -Bernama 
No comments:
Post a Comment