Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/angkasa-lancar-laman-web-niaga-coop-bonus-ini-1.54583 
Published: Jun 07, 2012
TEMERLOH - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) akan 
melancarkan laman web 'Niaga-Coop' pada Ogos ini bagi meluaskan 
pemasaran produk anggota koperasi itu.
 
 Timbalan Presiden Angkasa Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata usaha itu
 juga adalah pendekatan inovatif Angkasa dalam memasarkan produk 
tempatan ke peringkat antarabangsa.
 
 "Angkasa sebagai orang tengah akan membantu mendaftar pembeli dan 
pengeluar supaya proses urus niaga lebih telus dan memberi keuntungan 
kepada kedua-dua pihak.
 
 "Sebelum ini banyak produk yang dihasilkan oleh anggota koperasi 
seperti kraf tangan, makanan dan ikan sungai tidak dapat dipasarkan 
secara meluas akibat kekangan maklumat dan pemasaran yang lemah," 
katanya kepada pemberita selepas melawat Koperasi Keluarga Haji Konok 
Kampung Sanggang yang mengusahakan ternakan ikan patin buah, di sini 
hari ini.
 
 Katanya melalui laman web itu nanti produk keluaran anggota koperasi 
dapat dipasar dalam negara dan juga negara jiran seperti Indonesia, 
Singapura, Brunei dan Thailand. -- Bernama
No comments:
Post a Comment