Tuesday, March 19, 2013

Kedai Tukar Mencatat Kenaikan Purata Pulangan Sebanyak 30 Peratus

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Kedai runcit yang dimodenkan di bawah Program Transformasi Kedai Runcit (Tukar) telah melaporkan peningkatan hasil yang berterusan sebanyak 30 peratus pasca transformasi.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=935680
Published: March 20, 2013

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/ProgramTUKARberjaya/Article/index_html
Published: March 21, 2013

Adalah diharapkan juga bahawa peningkatan bilangan kedai-kedai Tukar akan membantu menurunkan harga untuk pelanggan hasil daripada rangkaian bekalan runcit yang lebih cekap," demikian menurut Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) di Jabatan Perdana Menteri.

Ini kerana peruncit yang menyertai program itu kebiasaannya akan membeli jumlah produk yang lebih besar selepas memperkemaskan penawaran produk sebagai sebahagian daripada proses transformasi," katanya dalam laporan tahunan Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2012 yang dikeluarkan Selasa.

Unit itu menyasarkan 500 kedai runcit untuk dimodenkan di bawah Tukar tahun ini di bawah 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang merupakan sebahagian daripada ETP.

Sebanyak 568 kedai runcit telah dimodenkan tahun lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kedai runcit yang telah ditransformasikan kepada 1,087 kedai, sejak projek-projek permulaan (EPP) sektor itu mula diperkenalkan.

Di bawah sektor yang sama, Pemandu juga merancang untuk memodenkan 75 bengkel automotif menerusi projek Permodenan Bengkel Automotif (ATOM) tahun ini.

Menurutnya, 110 bengkel telah ditransformasikan pada tahun lepas, menjadikan jumlah bilangan bengkel yang dinaik taraf di bawah ATOM kepada 165 bengkel.

"Berikutan permintaan ramai dan untuk memastikan bahawa peserta menerima pembiayaan yang mencukupi, EPP ini sedang meneroka kemungkinan menggandakan jumlah pinjaman maksimum untuk bengkel motosikal kepada RM100,000 daripada jumlah maksimum RM50,000 sekarang," katanya.

Projek ATOM bermula pada 2011 dengan tujuan untuk memodenkan dan meningkatkan mutu perkhidmatan bengkel kereta, sektor yang tidak formal jika dibandingkan dengan sektor lain dan tidak tertakluk kepada kawal selia atau penandaarasan.

-- BERNAMA 

No comments:

Post a Comment