Tuesday, March 19, 2013

ANGKASA wujud bank koperasi

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA) bercadang mewujudkan bank koperasi yang dikawal diselia Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), sekali gus membolehkan Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Bhd (KOPSYA) ditukar kepada KOOPBANK.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/ANGKASAwujudbankkoperasi/Article/index_html
Published: March 19, 2013

KOPSYA ialah koperasi yang bernaung di bawah Angkasa menawarkan pembiayaan kewangan kepada lebih 5,000 ahli ANGKASA dengan 300 daripadanya sudah berdaftar terus di bawah KOPSYA dan dijangkakan bertambah kepada 1000 ahli pada Jun ini.

Presidennya Prof Datuk Dr Mohd Ali Baharum berkata, pihaknya sudah membentuk satu draf undang-undang untuk dikemukakan kepada SKM bagi menubuhkan KOOPBANK dan diusulkan ke Parlimen.

Beliau berkata, KOOPBANK dan bank adalah dua entiti yang berlainan. KOOPBANK beroperasi hanya untuk koperasi saja dan pengurusannya dikawal selia di bawah SKM. “KOOPBANK ini sudah lama diamalkan negara asing dan adanya cadangan kami untuk menukar KOPSYA menjadi KOOPBANK akan menjadi pertama di Malaysia yang mengamalkan institusi kewangan seperti itu.

“Penubuhan KOPSYA sebagai KOOPBANK kelak bakal membangunkan lagi sistem operasi koperasi di Malaysia kerana ia memberi pembiayaan secara sistematik dan membantu mempelbagaikan perniagaan,” katanya pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Koperasi Kakitangan Angkasa (KOKITA) dengan Kopsya, Daihatsu (M) Sdn. Bhd (DMM) Sdn dan B Herb 4life Sdn Bhd di Kuala Lumpur, semalam.

Pada majlis itu, KOKITA dilantik sebagai entiti pemasaran bagi produk DMM dan B Herbs 4life serta KOPSYA berfungsi sebagai badan yang membiayai dana KOKITA di dalam perniagaan itu.

Foto
DR Mohd Ali (kiri) menyerahkan dokumen kerjasama perniagaan 
kepada Pengerusi Koperasi Kakitangan Angkasa (KOKITA), 
Zolkefli Othman di Kuala Lumpur, semalam.

No comments:

Post a Comment