Sunday, March 31, 2013

Kopsya catat RM20j saham terkumpul

PETALING JAYA 29 Mac - Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad (Kopsya) mencatatkan jumlah saham terkumpul sebanyak RM20.3 juta setakat 25 Mac lalu menerusi keanggotaan sebanyak 312 buah koperasinya.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130330/ek_05/Kopsya-catat-RM20j-saham-terkumpul
Published: March 31, 2013

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130329/dn_33/Kopsya-catat-RM21j-saham-terkumpul
Published: March 31, 2013

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkembangan itu sekali gus membuktikan Kopsya mampu menjadi ejen pemangkin memperkasa sektor perkhidmatan kewangan setanding dengan institusi ternama.

Malah, kata beliau, jenama Kopsya ketika ini juga cukup diyakini sehingga mampu membiayai lima buah koperasi membabitkan peruntukan sebanyak RM2.5 juta.

"Jumlah itu meliputi pembiayaan pelbagai projek seperti pembelian bangunan, kewangan, penjualan tenaga solar melalui kaedah Tawarruq dan pembiayaan peribadi," katanya ketika merasmikan Pejabat Korporat Kopsya di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Nik Ali Mat Yunus.

Yang turut hadir, Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) merangkap Pengerusi Kopsya, Prof. Datuk. Dr. Mohd. Ali Baharum.

No comments:

Post a Comment