Wednesday, March 13, 2013

KR1M Di Setiap Kawasan Parlimen Di Sabah Dan Sarawak- Ismail Sabri

BERA, 12 Mac (Bernama) -- Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan menyasarkan setiap kawasan Parlimen di Sabah dan Sarawak mempunyai sekurang-kurangnya sebuah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=933984
Published: March 13, 2013

Beliau berkata lokasi bagi 57 buah lagi KR1M telah dikenal pasti untuk dibuka di Sabah dan Sarawak dalam tempoh terdekat ini bagi memudahkan penduduk mendapatkan bekalan barangan keperluan pada harga berpatutan.

Mengenai bekalan barangan keperluan di Lahad Datu, Kunak dan Semporna di Sabah berikutan insiden pencerobohan pengganas Sulu, beliau berkata barangan keperluan di kawasan berkenaan adalah mencukupi.

"Sekalipun sedang berlaku pencerobohan pengganas di kawasan itu, pihak kementerian sejak dari mula lagi telah memastikan barangan keperluan di kawasan itu mencukupi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 di Kompleks Rakan Muda Bera, di sini, Selasa.

Beliau berkata setakat ini tidak ada laporan berkenaan kenaikan harga barangan di kawasan berkenaan.

"Semuanya dijual pada harga biasa seperti sebelum kejadian pencerobohan itu berlaku," katanya dan menurutnya bekalan petrol dan diesel di kawasan terbabit juga adalah mencukupi.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment