Thursday, March 21, 2013

Skim pelaburan emas: SPRM gagal peroleh perintah tahan reman 4 lelaki

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gagal memperoleh perintah tahanan reman terhadap empat lelaki, termasuk seorang bekas Pengarah Bank Negara, berhubung siasatan kes membabitkan sebuah syarikat skim pelaburan emas.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/semasa/skim-pelaburan-emas-sprm-gagal-peroleh-perintah-tahan-reman-4-lelaki-1.141410
Published: March 21, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=935899
Published: March 21, 2013

Majistret Mohd Aizuddin Zolkeply menolak permohonan bagi perintah tahanan reman selama 10 hari itu, yang dipohon mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah, selepas memutuskan alasan yang dikemuka pegawai penyiasat tidak kukuh.

Sehubungan itu, SPRM hanya boleh menahan suspek sehingga 7 malam ini untuk siasatan.
Tiga suspek dipercayai merupakan pengarah syarikat skim pelaburan emas berkenaan.

Mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 berhubung dakwaan merasuah seorang pegawai bank negara sebagai dorongan agar tidak mengambil tindakan terhadap syarikat itu. - Bernama

No comments:

Post a Comment