Tuesday, March 12, 2013

Ikhlas Minta Mara, Tekun Tangguh Bayaran Peniaga Kecil

LAHAD DATU, 11 Mac (Bernama) -- Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil Dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) akan meminta Tabung Ekonomi Kumpulan Niaga (Tekun) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) memberi penangguhan bayaran pinjaman kepada peniaga kecil di sini.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=933718
Published: March 12, 2013

Presidennya Mohd Ridzuan Abdullah berkata ini kerana ada dalam kalangan peniaga di sini berasa tertekan kerana perniagaan mereka menghadapi masalah berikutan kejadian pencerobohan bersenjata di Kampung Tanduo.

"Ini adalah antara kerisauan yang mereka luahkan kepada saya dan saya sekarang sedang mengumpul maklumat untuk membolehkan saya menyampaikan kepada Tekun dan Mara supaya mereka memberi kelonggaran bayaran," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Terdahulu, Mohd Ridzuan mengadakan pertemuan dengan kira-kira 200 peniaga kecil di sekitar daerah Lahad Datu.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan golongan peniaga supaya mendapatkan maklumat sahih daripada pihak berkuasa dan tidak mempercayai khabar angin.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment