Thursday, April 25, 2013

Karisma: 1,735 dibantu di Ketereh

KOTA BHARU 24 April - Sebanyak RM4.8 juta diperuntukkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga untuk Parlimen Ketereh melibatkan 1,735 penerima bantuan Kebajikan Rakyat 1Malaysia (Karisma) pada tahun lalu.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20130425/wt_01/Karisma-1735-dibantu-di-Ketereh
Published: April 25, 2013

Di bawah program itu, bantuan 1AZAM iaitu bantuan untuk meningkatkan pendapatan peniaga kecil dan membantu golongan miskin diberikan dalam bentuk peralatan yang bersesuaian bagi mereka menjalankan perniagaan.

Pengerusi Badan Amal Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat dan Isteri Bekas Wakil Rakyat Barisan Nasional Kelantan (Penawar) Parlimen Ketereh, Puan Sri Rosniah Abdul Rahman berkata, antara peralatan yang diberikan ialah ketuhar dan pembakar akok.

"Setakat ini matlamat kementerian membantu mereka dari segi ekonomi sudah tercapai 80 peratus," katanya kepada Utusan Malaysia selepas melancarkan Program Kembara Karisma Parlimen Ketereh di sini hari ini.

Pada majlis itu, Rosniah turut menyampaikan bantuan kerusi roda kepada empat orang penerima bagi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Beliau berkata, ada penerima bantuan itu yang kini sudah berjaya muncul sebagai pengusaha industri kecil dan sederhana.

No comments:

Post a Comment