Tuesday, April 2, 2013

Habib labur RM20j buka 5 cawangan

Habib Jewels Sdn Bhd merancang membuka lima lagi cawangan kedainya tahun ini membabitkan pelaburan kira-kira RM20 juta. Pengarah Urusannya, Datuk Meer Habib berkata pihaknya memperuntukkan antara RM4 juta hingga RM5 juta bagi pembukaan sebuah cawangan baru, bergantung kepada lokasi dan saiz kedai.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/habib-sasar-jualan-rm40-juta-1.145139
Published: April 03, 2013

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/HabiblaburRM20jbuka5cawangan/Article
Published: April 02, 2013

Habib sasar jualan RM40 juta
Meer (lima, kiri) bersama selebriti yang memperagakan barang 
kemas keluaran Habib selepas pelancaran Pesta Berlian Habib 
2013 di Kuala Lumpur, semalam. 

“Untuk tahun ini, kami memberi tumpuan kepada kawasan yang tidak pernah diteroka sebelum ini seperti Negeri Sembilan dan Pahang.

“Ia kerana kami sudah mempunyai banyak cawangan di sekitar Lembah Klang dan di samping itu, permintaan bagi barangan kemas dan berlian di kawasan pinggir bandar juga semakin meningkat,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Pesta Berlian 2013 di Kuala Lumpur, semalam.

Pesta Berlian 2013 itu akan diadakan sepanjang bulan ini dengan tema ‘Shine Bright Like A Diamond’ bagi meraikan keindahan kilauan berlian.

Meer berkata, pihaknya menjangkakan mampu menjana jualan sehingga RM40 juta sepanjang tempoh pesta itu berlangsung.

Berlian pelbagai potongan

“Ia didorong oleh pengenalan koleksi berlian eksklusif yang terbaru, Facets yang menampilkan berlian daripada pelbagai potongan termasuklah briolet, bujur, kusyen, dan bentuk pir.

“Di samping itu, tambahan baru koleksi Hearts On Fire yang didatangkan dengan rekaan menarik juga dijangka menarik lebih ramai pengunjung untuk membeli koleksi barangan kemas yang dipamerkan,” katanya.

Sementara itu, sempena pesta berkenaan, Habib menawarkan diskaun sehingga 70 peratus untuk barangan berlian dan batu permata selain menyediakan pelbagai peraduan dan promosi istimewa kepada pelanggan setianya.

Pelanggan yang membuat pembelian berlian di Habib sepanjang tempoh pesta berkenaan berlangsung turut berpeluang memenangi berlian seberat satu karat.

No comments:

Post a Comment