Wednesday, July 31, 2013

Suruhanjaya Koperasi, BNM Akan Sediakan Rangka Kerja Penilaian Untuk Aktiviti Pengambilan Deposit

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Persatuan Koperasi Malaysia dan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mewujudkan rangka kerja operasi dan penilaian apabila menimbangkan permohonan oleh persatuan koperasi untuk menjalankan pengambilan deposit daripada orang ramai, selain ahlinya.

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Rangkakerjakoperasiambildeposit/Article
Published: July 31, 2013

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/bnm-skm-jalin-kerjasama-1.188527
Published: July 31, 2013

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ambildepositbukanahli/Article/index_html
Published: July 31, 2013

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130731/ek_02/BNM-dan-SKM-jalin-kerjasama
Published: July 31, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=967111
Published: July 31, 2013

Rangka kerja koperasi ambil deposit
Ahmad Bashah (kiri) dan Nik Ali pada sidang media selepas majlis memeterai 
MoU antara Bank Negara dan Suruhanjaya Koperasi di Kuala Lumpur.

Ahmad Bashah Md Hanipah (dua dari kiri) bersama (dari kiri) Nik 
Ali Mat Yunus, Mohammad Ibrahim dan Nor Shamsiah Mohd. Yunus pada 
majlis menandatangani kerjasama antara Bank Negara Malaysia 
dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia di Kuala Lumpur
BNM, SKM jalin kerjasama
Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz (kiri) dan 
Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Nik Ali Mat Yunus (kanan) selepas 
menandatangani perjanjian disaksikan Ahmad Bashah, di Kuala Lumpur. 

Timbalan menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata rangka kerja itu boleh memastikan persatuan koperasi yang menjalankan aktiviti pengambilan deposit adalah stabil secara kewangan.

Bercakap pada sidang media di sini, beliau berkata rangka kerja itu menyasarkan untuk memastikan persatuan koperasi mempunyai sistem tadbir urus dan pengurusan risiko yang sesuai, terutamanya untuk menguruskan kecairan dan risiko kredit secara berkesan.

"Ini penting untuk memastikan kepentingan pendeposit terjaga," katanya.

Di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, sesebuah persatuan koperasi perlu mendapatkan kelulusan daripada BNM dan suruhanjaya itu jika mereka mahu menjalankan aktiviti pengambilan deposit daripada orang ramai.

Rangka kerja operasi dan penilaian itu terangkum dalam memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara jawatan kuasa itu dan bank pusat.

MoU itu hari ini menggariskan hasrat BNM dan jawatankuasa itu untuk bekerjasama dan berkongsi maklumat dalam bidang kepentingan bersama untuk menjalankan madat masing-masing secara berkesan.

BNM dalam satu kenyataan berkata persetujuan bersama antara pihak berkuasa itu juga akan meningkatkan kerjasama antara bank pusat dan suruhanjaya itu dalam mencapai agenda keterangkuman kewangan negara.

-- BERNAMA 

No comments:

Post a Comment