Wednesday, July 31, 2013

LionGold Ambil Alih Syarikat Emas Kanada Pada S$9.1 Juta

SINGAPURA, 30 Julai (Bernama) -- LionGold Corp Ltd, syarikat emas pertama disenaraikan di Papan Utama Singapura, memeterai perjanjian untuk memperoleh semua baki saham Acadian Mining Corporation pada C$0.12 setiap satu.

Source from (The Star Online): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=967045
Published: July 31, 2013

Tawaran pengambilalihan itu bersamaan dengan nilai urus niaga sehingga S$9.1 juta (C$7.4 juta), sekiranya diterima sepenuhnya oleh pemegang saham dan penukaran nota boleh tukar yang tertunggak.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata saham itu akan dibayar secara tunai daripada deposit bank kumpulan.

Acadian disenaraikan di TSX Venture Exchange dengan pelbagai kawasan emas di Nova Scotia, Kanada.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment