Wednesday, July 17, 2013

Wakil TEKUN di Pulau Perhentian

Kuala Besut: Wakil Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN Nasional) akan ditempatkan di Pulau Perhentian bagi kemudahan penduduk pulau peranginan itu mendapatkan bantuan dan maklumat mengenai pinjaman perniagaan.

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/WakilTEKUNdiPulauPerhentian/Article
Published: July 17, 2013

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, Datuk Abdul Rahim Hassan, berkata wakil TEKUN Nasional akan dilantik daripada kalangan penduduk pulau itu sendiri.
“Jadi mereka tak perlu susah nak ke Besut untuk cari wakil kita.

“Kami nak bantu rakyat...kami nak tengok lebih ramai orang Melayu terbabit dalam perniagaan dan maju,” katanya selepas merasmikan Program TEKUN dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Bersama Rakyat di sini, semalam.

Beliau berkata, Terengganu muncul negeri ketiga di Malaysia selepas Selangor dan Johor mempunyai bilangan usahawan paling ramai mendapat kemudahan pinjaman TEKUN Nasional sepanjang 15 tahun lalu.

Sejak 1998 hingga 30 Jun lalu, seramai 27,470 usahawan di Terengganu dibantu membabitkan modal bernilai RM311 juta.

No comments:

Post a Comment