LANGKAWI, 30 Julai (Bernama) -- Koperasi Pembangunan Daerah Langkawi
(KPD), yang merupakan antara koperasi paling aktif di negara ini,
dijadualkan mengurus operasi hotel 'KPD INN' hujung tahun ini.
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130730/ek_10/KPD-Langkawi-bakal-urus-hotel-di-Kuah---Pengerusi
Published: July 31, 2013
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=967032
Published: July 31, 2013
Pengerusi KPD Langkawi Ismail Yaakob berkata sebuah bangunan di kawasan
Langkawi Mall, Kuah, berhampiran pejabat koperasi itu, sudah dibeli
untuk tujuan itu.
"Kerja-kerja pengubahsuaian yang dijangka menelan belanja RM1 juta,
untuk dijadikan 45 bilik serta kemudahan lain, akan dilaksanakan sebaik
memperoleh kelulusan pihak berkuasa," katanya.
Ismail berkata projek itu merupakan antara usaha KPD Langkawi untuk
mempelbagaikan penyertaan dalam bidang pelancongan, di samping
meningkatkan pendapatannya.
KPD Langkawi menjalankan beberapa perniagaan, termasuk stesen minyak,
perniagaan pemborongan serta wakil penjual motosikal tanpa faedah.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment