Thursday, July 11, 2013

Unisys Meterai Kontrak Baharu Semula Dengan Angkasa

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Anak syarikat Unisys Corporation di Malaysia telah memeterai kontrak memperbaharui semula dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) untuk menyediakan perkhidmatan perisian di bawah sistem pembayaran utama Angkasa.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=962333
Published: July 11, 2013

Di bawah kontrak lima tahun itu, Unisys akan menyediakan Angkasa dengan rangkaian perisian ClearPath, perundingan teknikal dan perundingan pembangunan aplikasi.

"Perkhidmatan itu akan membolehkan koperasi dan institusi kredit lain menyelaraskan pengutipan pembayaran dengan cara yang lebih sistematik dan selamat," kata Unisys dalam satu kenyataan Rabu.

Dengan ahli melebihi 50,000 koperasi, Angkasa, badan induk kepada pergerakan koperasi Malaysia, menyediakan latihan, pendidikan dan latihan keusahawanan dan menawarkan perkhidmatan sokongan kepada para anggotanya.

Antara perkhidmatan itu, Angkasa bertindak sebagai laluan pembayaran antara majikan ahli koperasi dan institusi kredit untuk menyediakan pembayaran berautomasi langganan bulanan, ansuran pinjaman dan premium insurans.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment