Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Pahang/20130701/wp_03/82-penduduk-terima-bantuan-1Azam-Niaga
Published: July 01, 2013

Suhaimi Jusoh (depan, dua dari kiri) menyampaikan bantuan 1Azam Niaga kepada
seorang daripada peserta program tersebut dalam majlis penyampaian bantuan di
Pejabat ADUN Lepar, Kuantan
Kesemua mereka menerima bantuan tersebut dalam majlis khas yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar, Suhaimi Jusoh di pejabatnya di sini.
Suhaimi berkata, kebanyakan mereka menerima bantuan tersebut merupakan pemohon baharu yang mahu memulakan perniagaan.
Katanya, antara bantuan yang diberikan adalah gerai burger, mesin jahit, mesin rumput, peralatan mencuci kenderaan, peralatan menggunting rambut, peti sejuk beku dan mesin membuat kuih baulu.
"Melalui program ini, penduduk yang terpilih akan diberi latihan serta dipantau prestasi selama tiga bulan oleh Kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga perniagaan mereka berjaya," katanya di sini.
Beliau berharap melalui program itu sebahagian besar penerima yang terdiri daripada golongan miskin dan peniaga kecil dapat menambah pendapatan serta meningkatkan taraf hidup keluarga.
No comments:
Post a Comment