Thursday, July 11, 2013

Jualan peniaga meningkat

Jertih: Peniaga Pasar Borong Kuala Besut di Kampung Lampu, dekat sini tersenyum lebar apabila jualan dan pendapatan mereka meningkat sejak awal bulan ini. 

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Jualanpeniagameningkat/Article
Published: July 11, 2013

Kebanyakan peniaga ditemui menambah barangan jualan harian, termasuk kuih tradisional berikutan permintaan tinggi daripada pelanggan.

Peniaga, Che Zakiah Che Salleh, 48, berkata pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut dan bulan Ramadan membantu jualan mereka.

Pembeli meningkat

Ini kali pertama saya berniaga pada Ramadan di pasar ini, tetapi saya sudah mula merasai kedatangan pembeli yang semakin bertambah berbanding bulan sebelum ini.

Sebelum ini, saya hanya menjual barangan keperluan harian seperti pewangi. Namun, kini saya mempelbagaikan jualan, termasuk menjual kuih tradisional untuk dijadikan juadah berbuka, katanya.

Katanya, pengunjung dari luar Kuala Besut juga dilihat semakin bertambah mengunjungi pasar borong berkenaan melalui perbezaan loghat yang digunakan.

No comments:

Post a Comment