Friday, July 5, 2013

Warga Kerja SKM Disaran Contohi Budaya Kerja Koperasi Di Negara Maju

GEORGE TOWN, 4 Julai (Bernama) -- Warga kerja Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dikehendaki mengamalkan falsafah kerja berpasukan dan mengutamakan kualiti dalam tugas yang diamanahkan kepada mereka, kata Pengerusi Eksekutifnya Datuk Nik Ali Mat Yunus.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=960982
Published: July 05, 2013

Beliau berkata falsafah budaya kerja itu telah diguna pakai di negara maju dan ia terbukti berkesan kerana dapat memajukan pertubuhan-pertubuhan koperasi di negara berkenaan.

Beliau berkata jika semangat dan budaya kerja seumpama itu dipratikkan, ia akan membantu kerajaan untuk menjadikan pertubuhan koperasi sebagai satu daripada penjana ekonomi negara yang penting.

Nik Ali berkata koperasi merupakan penyumbang ekonomi yang penting di negara ini dan disebabkan itu warga kerja SKM harus menjadikan suruhanjaya itu lebih produktif dan bukan sekadar bekerja di pejabat sahaja.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas melancarkan Program Pemantapan, Pengukuhan Warga SKM dan Karnival Sukan 2013 di Universiti Sains Malaysia di sini Khamis.

Pada program yang diadakan dua tahun sekali itu, sebanyak 898 kakitangan dan pegawai SKM seluruh negara terlibat dalam 11 acara sukan yang dipertandingkan antaranya bola sepak, bola tampar, ping pong dan badminton.

Program yang diadakan selama tiga hari itu turut mempunyai pengisian aktiviti seminar bertujuan meningkatkan motivasi serta membudayakan sukan warga SKM.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment