Monday, April 22, 2013

Kedai 1Malaysia sandaran IKS

KANGAR 21 April - Pengwujudan Kedai 1Malaysia yang dicetuskan oleh kerajaan telah merancakkan semula perniagaan industri kecil dan sederhana (IKS) khususnya yang beroperasi di Perlis. Setiausaha Dewan Perniagaan Islam Malaysia Perlis, Mohd. Fakhruddin Arrazi Abdullah berkata, pemain IKS kini mempunyai tempat untuk memasarkan produk-produk mereka, sekali gus meningkatkan potensi IKS Bumiputera.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130422/ek_01/Kedai-1Malaysia-sandaran-IKS
Published: April 22, 2013


Mohd. Fakhruddin Arrazi Abdullah menunjukkan produk 
minuman keluaran syarikatnya di Kangar, semalam

"IKS Bumiputera tidak ada masalah dalam menghasilkan produk, label dan kualiti. Yang menjadi masalah adalah untuk memasarkannya.

"Kalau hendak harapkan pasar raya atau pasar raya besar memang sukar namun dengan adanya Kedai 1Malaysia dan pasar raya Mydin umpamanya memberi ruang dan peluang kepada usahawan Melayu," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengarah Urusan Muneera Marketing (M) Sdn. Bhd., syarikat yang memasarkan produk IKS Perlis menyasarkan untuk menembusi pasaran Thailand dan Indonesia selepas berjaya meneroka pasaran Brunei.

Tambah beliau, IKS di negeri ini mempunyai potensi yang cukup besar untuk menerobos pasaran ASEAN kerana produk-produknya bukan sahaja halal tetapi turut diusahakan oleh syarikat-syarikat Bumiputera.

Beliau berkata, produk IKS yang diusahakan oleh syarikat Bumiputera mempunyai kelebihan dan mudah dipasarkan terutama di Indonesia dan Kemboja.

Antara produk yang mendapat permintaan di Brunei ialah kopi, produk minuman dan makanan sejuk beku.

Tambahnya, Perlis kini mempunyai penyertaan 60 pengusaha IKS dan dijangka jumlah penyertaan itu meningkat seiring dengan peningkatan pasaran terutama makanan dan minuman.

No comments:

Post a Comment