Tuesday, April 9, 2013

Produk bermutu tarik pelancong

TENOM 7 April - Pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS), khususnya di kawasan pedalaman disarankan merebut peluang bagi memperbanyakkan pengeluaran produk bermutu termasuk hasil kraf tangan berciri tempatan.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Sabah_&_Sarawak/20130408/wb_01/Produk-bermutu-tarik-pelancong
Published: April 09, 2013


Jamawi Jaafar (kanan) dan Dayang Khatijah (tengah) semasa 
meninjau persiapan Karnival IKS di Padang Bandaran Tenom, 
baru-baru ini.

Exco Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar berkata, produk tempatan yang berkualiti akan memberikan kelebihan kepada pengusaha IKS mengembangkan perniagaan mereka, sekali gus menembusi pasaran luar negara.

Menurutnya, ini juga berfungsi sebagai daya tarikan kepada pelancong dalam dan luar negara untuk berkunjung ke Sabah, khususnya daerah Tenom.

"Oleh itu, kita menggalakkan pengusaha IKS mengambil kesempatan mempromosikan produk mereka sempena Karnival Usahawan IKS yang berlangsung di Padang Bandaran Tenom selama tiga hari sehingga Ahad ini," katanya ketika ditemui semasa meninjau tapak karnival IKS di Padang Bandaran di sini baru-baru ini.

Jamawi berkata, karnival anjuran Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Sabah bersama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu merupakan platform terbaik untuk mengetengahkan produk tempatan berasaskan pertanian, selain hasil kraf tangan unik sebagai cenderamata bagi tarikan pelancong.

Katanya, karnival yang diadakan ini adalah sebagai medan untuk memasarkan produk masing-masing dan bagi orang ramai, mereka boleh membeli produk berkaitan sebagai sokongan kepada para pengusaha IKS di negeri ini.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil negeri, Dayang Khatijah Datu Bakhtial berkata, karnival tersebut membabitkan lebih 50 gerai.

"Kami berharap karnival ini dapat mendedahkan pengunjung luar termasuk pelancong asing tentang kekayaan serta keunikan produk kraf tangan tempatan," ujarnya.

No comments:

Post a Comment