Sunday, April 28, 2013

Kesan Limpahan Gerakan Koperasi Bukti Komitmen Kerajaan Bantu Rakyat Luar Bandar

BANTING, 27 April (Bernama) -- Penglibatan koperasi dalam pelbagai usaha diperkenal kerajaan bukan sahaja memberi dan meningkatkan pendapatan koperasi, malah turut memberi kemudahan dan peluang kerja kepada masyarakat setempat.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=945687
Published: April 29, 2013

Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Datuk Nik Ali Mat Yunus menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Stesen Minyak Smart dan Kedai Coopmart Koperasi Membeli dan Membuka Tanah Seri Cheeding Bhd di kampung Seri Cheeding, Jenjarom dekat sini Sabtu.

Beliau berkata sebagai contoh stesen minyak Smart di kampung itu yang dimiliki oleh 150 anggota koperasi, mampu memberi kemudahan kepada 5,000 penduduk di sekitar kawasan itu.

Selain daripada menjual bahanapi, stesen minyak itu juga menjual barangan keperluan harian, kedai runcit COOP 1Malaysia dan menyediakan mesin ATM Bank Rakyat untuk orang ramai, kata beliau.

Nik Ali berkata SKM juga telah memperkenalkan pelbagai projek atau program untuk bidang perniagaan seperti program pemodenan dan naiktaraf kedai runcit koperasi (TUKAR) dan stesen minyak koperasi di bawah jenama SMART, Kedai COOP 1Malaysia, Pasaraya Koperasi, Lesen Borong dan Pusat Pengedaran (Distibution Centre).

Sehingga 31 Dis lepas, sejumlah 140 kedai koperasi telah berjaya dinaik taraf di bawah program TUKAR dengan nilai jualan RM38.7 juta manakala sebanyak 46 buah stesen minyak koperasi telah dinaik taraf di bawah jenama SMART dengan nilai jualan RM78.6 juta, katanya.

Selain itu, lapan koperasi telah dilantik sebagi pusat pengedar dengan nilai jualan RM40.2 juta, manakala sembilan koperasi telah menjalankan perniagaan pasaraya dengan nilai jualan lebih RM23 juta.

Beliau berkata: "Sebanyak 86 buah koperasi telah memperolehi lesen borong dengan nilai jualan sebanyak RM46.2 juta".

-- BERNAMA 

No comments:

Post a Comment