Monday, April 29, 2013

Pernama sasar 50 francais 7-eleven

KUALA LUMPUR 28 April - Perwira Niaga Malaysia (Pernama) menyasarkan sekurang-kurangnya 50 pesara tentera lagi bakal terlibat dalam bidang peruncitan francais 7-eleven di bawah kelolaan badan berkenaan.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130429/ek_03/Pernama-sasar-50--francais-7-eleven
Published: April 29, 2013

Pengerusinya Tan Sri Mohamed Hashim Mohd. Ali berkata, sejak 2010 hingga kini, Pernama telah berjaya melahirkan seramai 45 usahawan terdiri daripada pesara tentera dalam bidang tersebut.

"Usaha Pernama tidak terbatas, malah pelbagai perancangan lain bakal dilaksanakan di seluruh negara termasuklah yang terbaharu projek pembinaan komplek niaga terbesar milik kami yang dijangka siap pada 2015.

"Pembinaan kompleks ini akan mampu memenuhi permintaan anggota tentera untuk mendapatkan barang keperluan dengan harga berpatutan di kawasan itu," katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Makan Malam Sempena Sambutan Ulang Tahun Pernama Ke-30 yang turut dihadiri Pengurus Besarnya, Datuk Ab. Wahab Khalil.

Sejak ditubuhkan pada 1983, Pernama telah berjaya membuktikan kemampuannya apabila mencatatkan perolehan sehingga RM258.9 juta iaitu pencapaian yang melampaui pertumbuhan dalam sektor peruncitan negara.

Malah, Pernama turut mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM25.5 juta.

No comments:

Post a Comment