Tuesday, February 12, 2013

24 cawangan baru Ar-Rahnu ditubuh tahun ini

KUALA LUMPUR - Sebanyak 24 cawangan baharu Ar-Rahnu di bawah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) akan ditubuhkan tahun ini khusus bagi memberi kemudahan kepada masyarakat melakukan gadaian secara Islam dan bukan secara konvensional.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/24-cawangan-baru-ar-rahnu-ditubuh-tahun-ini-1.129786
Published: February 12, 2013

Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Jamil Khir Baharom

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pembukaan cawangan baharu Ar-Rahnu itu akan diberi tumpuan di Sabah dan Sarawak selain menyasarkan 222 Parlimen yang ada di Malaysia.

"Dengan peruntukan tambahan RM200 juta yang diluluskan Perdana Menteri tahun lalu ia akan digunakan untuk tujuan itu di samping menepati piawaian penanda aras (KPI) menteri dan pihak YaPEIM sendiri," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis perjumpaan dan penyampaian anugerah khas bersama warga YaPEIM di sini hari ini.

Pada masa ini YaPEIM mempunyai 154 cawangan Ar-Rahnu.

Pada majlis itu YaPEIM buat pertama kalinya memberi anugerah khas kepada kakitangannya yang memberi komitmen padu sepanjang tahun lalu dengan penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang YaPEIM, Anugerah Kualiti Perdana dan Anugerah Pencapaian Cemerlang Akademik. - Bernama

No comments:

Post a Comment