Friday, February 22, 2013

Contohi koperasi di negara maju

KOPERASI di negara ini perlu melihat amalan terbaik koperasi besar di negara maju dan negara membangun yang mempunyai sistem tadbir urus mantap serta kekal dengan daya saing tinggi. Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Nik Mat Ali Yunus berkata, legasi koperasi tersebut perlu dilihat daripada aspek bagaimana ia menyumbang kepada ekonomi negara seperti di negara maju khususnya di Eropah.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/contohi-koperasi-di-negara-maju-1.133162
Published: February 22, 2013

Menurutnya, koperasi besar mampu mewujudkan rantaian nilai yang dapat dikongsi bersama dan menjadikan koperasi sebagai industri lumayan seperti di luar negara.

“Sektor koperasi mampu dibangunkan dengan lebih pesat jika diwujudkan kepelbagaian rantaian industri, bukan sahaja dalam bidang kredit tetapi juga sektor lain seperti perkhidmatan dan pembuatan.

“Sektor koperasi ini mempunyai potensi besar untuk dibangunkan jika ia dapat menembusi pasaran serantau dan antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata, Asean mempunyai penduduk seramai 600 juta dan mempunyai potensi besar kepada koperasi tempatan yang ingin meneroka pasaran eksport di rantau Asean.

No comments:

Post a Comment