KUALA LUMPUR, 14  Feb (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
 Koperasi dan Kepenggunaan akan memperkasa koperasi desa yang 
berpontensi untuk menjana pendapatan negara, kata menterinya Datuk Seri 
Ismail Sabri Yaakob. 
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=927980 
Published: February 15, 2013
Beliau berkata antara projek yang boleh diusahakan koperasi berkenaan 
ialah perniagaan kedai runcit, stesen minyak mini dan program 
'homestay'.
 "Koperasi ini akan menjadi penggerak ekonomi di kampung-kampung bagi 
memastikan pengusaha desa ini fokus dengan perniagaan mereka.
 "Kita juga akan bekerjasama dengan kementerian lain yang berkenaan 
dengan desa untuk melancarkan perniagaan mereka," katanya kepada 
pemberita selepas melancarkan buku garis panduan Aktiviti Pajak Gadai 
Islam (Ar-Rahnu) di sini Khamis.
 Mengenai garis panduan Ar-Rahnu, Ismail Sabri berkata ia bertujuan 
membantu anggota koperasi dan orang ramai mendapatkan skim pembiayaan 
tunai dengan mudah dan cepat berlandaskan hukum syarak bagi modal 
perniagaan, pendidikan dan pembangunan dalam industri kecil dan 
sederhana.
 Beliau berkata melalui garis panduan itu koperasi dibenarkan memberi 
pembiayaan tidak melebihi RM50,000 atau 70 peratus daripada nilai marhun
 (nilai gadaian) kepada setiap penggadai.
 Pada tahun ini, katanya sebanyak 71 koperasi dijangka melaksanakan 
aktiviti Ar-Rahnu berbanding 51 koperasi yang menjalankan secara 
persendirian dan francais di bawah skim Ar-Rahnu X'Change Bank Rakyat, 
tahun lepas.
 Pada majlis itu, turut diperkenalkan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya 
Koperasi Malaysia (SKM) baharu, Datuk Nik Mat Yunus yang menggantikan  
Datuk Seri Md Yusof Samsudin yang tamat kontrak setelah berkhidmat 
selama 34 tahun.
-- BERNAMA 
No comments:
Post a Comment