Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/skm-lancar-garis-panduan-pajak-gadai-islam-1.131679
Published: February 17, 2013

Ismail Sabri (dua, kanan) menyampaikan cenderahati kepada salah
seorang bekas Pengerusi Eksekutif SKMM, selepas majlis pelancaran
garis panduan aktiviti Ar-Rahnu di Kuala Lumpur
“Bagi tahun 2012 kita ada 51 koperasi yang menjalankan aktiviti Ar-Rahnu secara persendirian dan francais di bawah skim Ar-Rahnu X’change Bank Rakyat.
“Untuk tahun ini sahaja 71 koperasi dalam proses melaksanakannya. Oleh itu, kita percaya mampu mendapat perolehan dua kali ganda daripada tahun lalu,” katanya kepada media selepas melancarkan garis panduan aktiviti Ar-Rahnu, di Kuala Lumpur.
Menurutnya, garis panduan yang berkuat kuasa bermula 1 Mac 2013 bertujuan memberi panduan kepada koperasi bagi melaksanakannya aktiviti Ar-Rahnu secara lebih teratur dan berhemat.
“Ia juga bertujuan bantu anggota koperasi dan orang ramai mendapatkan skim pembiayaan tunai dengan mudah dan cepat berlandaskan hukum syarak,” katanya.
Bagi aktiviti Ar-Rahnu sah dari segi Syariah, lima rukun hendaklah dipatuhi iaitu penggadai, pemegang gadaian, marhum, nilai marhum dan akad.
Menurutnya, tempoh gadaian adalah enam bulan dan boleh dilanjutkan dengan syarat upah simpan bagi tempoh lalu telah dijelaskan sepenuhnya.
“Kadar upah simpanan maksimum adalah satu peratus sebulan ke atas nilai marhum,” katanya.
No comments:
Post a Comment