Friday, February 15, 2013

Tiada cabang niaga baru

Kuala Lumpur: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) tidak berhasrat menyertai mana-mana cabang perniagaan baru bagi meningkatkan dana pembiayaan yang ditawarkannya kepada usahawan tempatan.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/articles/Tiadacabangniagabaru/Article
Published: February 15, 2013

Ini kerana TEKUN melihat sokongan dana yang diterima daripada kerajaan setiap tahun menguntungkan kerajaan dan pihaknya kerana setiap caj perkhidmatan empat peratus yang dikenakan kepada peminjam sudah memadai untuk menyokong perkembang operasi bagi jangka masa panjang.

Pengarah Urusannya Datuk Abdul Rahim Hassan berkata, sejak TEKUN memulakan operasi pada 1998, pihaknya mampu menguruskan dana pembiayaan berkenaan dengan baik dari segi pemberian dana sokongan kepada peniaga dan pulangan pinjaman oleh pihaknya kepada kerajaan.

“Kami ingin memfokuskan kepada operasi pembiayaan seperti sedia ada dan tidak ada lagi rancangan untuk menyertai mana-mana perniagaan untuk menambah dana di dalam TEKUN memandangkan ia diuruskan dengan baik,” katanya.

No comments:

Post a Comment