Friday, June 14, 2013

Pasukan Rela Perlu Tubuh Koperasi Bantu Jana Ekonomi - ExCo Pahang

RAUB, 13 Jun (Bernama) -- Anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) bukan sahaja berperanan membantu pasukan keselamatan negara, namun mereka juga boleh terlibat dalam perniagaan menerusi penubuhan koperasi.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=955926
Published: Jun 14, 2013

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawan dan Kepenggunaan Pahang Datuk Shahiruddin Ab Moin berkata penubuhan koperasi di peringkat kawasan, daerah dan negeri dapat membantu menjana ekonomi anggota pasukan itu.

"Sebagai permulaan, memadai dengan 30 hingga 60 orang anggota sahaja dahulu, penubuhan koperasi ini akan menggalakkan anggota Rela menjalankan perniagaan, malah boleh merebut pelbagai peluang yang disediakan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan pakaian seragam Rela kawasan Parlimen Raub, di sini Khamis.

Beliau berkata kerajaan sentiasa bersedia memberi pelbagai bentuk bantuan kepada koperasi dan pasukan Rela perlu menggunakan peluang tersebut.

Shahiruddin yang juga anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Dong berkata, kerajaan mengiktiraf peranan anggota Rela dalam membantu pasukan keselamatan menjaga keamanan dan keselamatan negara.

"Selain menyediakan peruntukan bagi menjalankan pelbagai kegiatan dan aktiviti kepada anggota Rela, penubuhan koperasi juga dilihat memudahkan saluran bantuan dan pinjaman agar anggota Rela lebih berdaya maju," katanya.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment