Thursday, June 20, 2013

Lebih 200 Usahawan Muda Di Pahang Diberi Suntikan Modal

KUANTAN, 19 Jun (Bernama) -- Sejumlah 235 usahawan muda di Pahang diberi suntikan modal melibatkan peruntukan lebih RM1.1 juta melalui Kursus Pembudayaan Keusahawanan Teknikal dari awal tahun lepas sehingga sekarang.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=957082
Published: Jun 20, 2013

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Datuk Shahirudin Ab Moin berkata peruntukan itu disalurkan oleh GiatMara Pahang.

Beliau berkata setiap pelatih menerima peruntukan RM5,000 iaitu bantuan modal mula RM1,000 manakala selebihnya RM4,000 bantuan peralatan.

"Peruntukan modal berkenaan akan dapat membantu usahawan muda ini memulakan perniagaan mereka dengan ilmu yang diperoleh," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan modal mula dan peralatan RM300,000 kepada peserta GiatMara di sini malam tadi.

Beliau turut menyeru usahawan baharu supaya berani mencuba dan tidak takut dengan kegagalan demi menjana masa depan yang lebih baik.

Katanya bagi yang gagal pula jangan mudah mengalah, sebaliknya cuba meningkatkan usaha dan terus berhubung dengan Mara untuk mendapatkan khidmat nasihat serta pelbagai bantuan yang disediakan.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment