Saturday, June 8, 2013

Sahabat AIM Baling dapat tambahan dana RM7.7 juta

BALING 7 Jun - Sebanyak RM7.7 juta diperuntukkan kepada sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) cawangan Baling tahun ini sebagai tambahan modal pinjaman kepada usahawan AIM.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Utara/20130608/wu_03/Sahabat-AIM-Baling-dapat-tambahan-dana-RM77-juta
Published: Jun 08, 2013


Azmi Che Husain menyampaikan hadiah acara cabutan nombor bertuah 
kepada seorang Sahabat AIM pada majlis penutupan Ekspo Jualan Usahawan 
Niaga AIM di Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai, Kupang, Kedah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, Datuk Azmi Che Husain berkata, AIM berjaya melahirkan ramai usahawan yang berjaya sehingga mereka mampu mengeluarkan diri dan keluarga mereka daripada kepompong kemiskinan dengan menjalankan pelbagai perniagaan termasuk pertanian dan perkilangan.

Katanya, mereka juga mampu menghasilkan produk-produk berkualiti untuk dijual di pasaran berdasarkan makanan dan minuman yang halal dan terjamin dari segi kebersihan.

"AIM cawangan Baling adalah antara yang berjaya di sini yang disokong oleh kerajaan dengan pertambahan dana daripada RM29 juta kepada RM33 juta tahun ini.

"Pertambahan dana ini adalah kerana sokongan baik yang telah diberikan oleh Sahabat AIM dalam urusan pinjaman dengan bayaran balik yang sempurna.

"Usaha yang lebih giat lagi perlu dijalankan untuk menguar-uarkan usaha niaga dan aktiviti perniagaan sahabat-sahabat AIM agar penduduk setempat dan juga orang ramai mengetahui dengan lebih lanjut mengenai AIM," katanya ketika menutup Ekspo Jualan Usahawan Niaga AIM di Sekolah Menengah Jerai, Kupang semalam.

Sementara itu, Pengurus Cawangan AIM, Halimaton Yaakob berkata, selama 24 tahun AIM beroperasi di sini, daftar keahlian sahabat AIM terkini ialah seramai 3,778 orang dengan pembahagian operasinya mengikut blok.

No comments:

Post a Comment