Sunday, June 30, 2013

Malabar Gold Buka Kedai Di Malaysia, Indonesia

NEW DELHI, 28 Jun (Bernama) -- Malabar Gold & Diamond yang beribu pejabat di Kerala, merancang untuk mengembangkan perniagaan ke Timur Jauh dengan pembukaan kedai-kedai baharu di negara seperti Malaysia dan Indonesia.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=959526
Published: Jun 30, 2013

Ia turut merancang memulakan laluan ke Bangladesh dan Sri Lanka, serta Eropah dan Amerika Syarikat menjelang 2015, demikian menurut laporan Times of India.

Menurut laman sesawang syarikat, ia pada masa ini, mempunyai 89 cawangan terletak di pelbagai negeri di India serta Timur Tengah.

Syarikat barang kemas ini turut merancang menambah cawangannya kepada 220 menjelang 2015.

"Kami akan menambah 32 cawangan di Chennai (Tamil Nadu) sahaja menjelang 2016," kata pengarah eksekutif korporat, Shafeekh V.S disebut sebagai berkata.

-- BERNAMA 

No comments:

Post a Comment