Tuesday, June 11, 2013

Buka 2 galeri pameran baru - Pandora

Georgetown: Pandora Malaysia (Pandora) akan melebarkan sayap perniagaan apabila bakal membuka dua lagi galeri pameran menjelang akhir tahun ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2), Sepang dan sebuah lagi di Johor berikutan permintaan yang menggalakkan daripada orang ramai.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Buka2galeripameranbaru/Article/index_html
Published: Jun 11, 2013

Pengarah Eksekutifnya, Datin Zarida Noordin berkata, kedua-dua lokasi itu sudahpun dikenal pasti dan akan memperkenalkan koleksi terbaru untuk lelaki serta wanita.

Beliau berkata, sehingga kini Pandora sudah mengeluarkan lebih 50 koleksi dengan terbaru koleksi Musim Panas dan Luruh 2013 yang memfokuskan pada penampilan gaya lebih terkini, menarik, elegan dan glamor sekali gus menjadi pilihan dari golongan kanak-kanak, remaja hingga dewasa.

“Pelanggan boleh membuat pilihan corak dan reka bentuk yang diminati termasuk memadankannya dengan gelang tangan, cincin, subang, rantai leher dan gelang kaki selain membuat hiasan dengan cara tersendiri,” katanya selepas melancarkan koleksi terbaru Pandora ‘A Tale By The Sea’ yang menampilkan koleksi menarik bertemakan ‘In The Deep Blue Sea, Fun By The Sea, Fascinating, New Blossom, Hearts dan Travel’ dengan tawaran harga menarik di Butik Pandora, Plaza Gurney, Pulau Pinang.

Menurut Zarida, walaupun baru dibuka sejak dua tahun lalu, namun sambutan diterima daripada orang ramai sangat menggalakkan dan butik Pandora kini terdapat di seluruh negara seperti di Bangsar Village II; Alamanda, Putrajaya; KLIA; Empire Shopping Gallery, Subang; 1Mont’ Kiara; Mid Valley Megamall dan Tropicana City Mall.

No comments:

Post a Comment