Monday, June 24, 2013

Ditipu syarikat skim francais kedai serbaneka

Seramai 50 peniaga mendakwa kerugian RM1.5 juta selepas ditipu sebuah syarikat yang menawarkan skim francais kedai serbaneka sejak setahun lalu.

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ditipusyarikatskimfrancaiskedaiserbaneka/Article
Published: Jun 24, 2013

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Modalhangus/Article/index_html
Published: Jun 26, 2013

Mereka mendakwa, sudah membuat pembayaran pendahuluan sebanyak 10 peratus atau lebih RM32,000 bagi menyertai skim francais itu sejak setahun lalu tetapi sehingga kini tiada berita mengenai perniagaan dijanjikan.
Seorang mangsa, Aznan Shaary, 47, berkata pengurus besar syarikat terbabit dikenali sebagai Moward Ibrahim menghilangkan diri bersama wang pendahuluan RM32,250 yang diserahkannya bagi menyertai skim francais kedai serbaneka itu sebelum menutup pejabatnya awal bulan lalu.

“Saya dijanjikan pembukaan kedai dalam tempoh tiga bulan selepas mem-
bayar wang pendahuluan tetapi selepas setahun menunggu masih tiada khabar berita.

“Saya dimaklumkan sudah empat kali pengurus syarikat itu bertukar orang kerana dikatakan melakukan pecah amanah,” katanya di sini, semalam.
Berikutan itu, beliau membuat laporan polis bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat kegiatan penipuan itu.

Difahamkan, perniagaan francais yang menawarkan tiga pakej utama untuk membuka kedai serbaneka 24 jam itu aktif mencari mangsa baru meskipun laporan polis sudah dibuat sebelum ini.

Mangsa terbaru, Mohd Rashid Abdul Manaf, 26, berkata dia menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) Rabu lalu daripada seorang kakitangan syarikat induk francais itu yang mendakwa dia turut ditipu syarikat terbabit.

Berikutan itu, katanya, dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jawaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.

“Promosi syarikat itu di internet dan juga akhbar untuk membuka perniagaan kedai serbaneka menarik minat saya untuk buat pinjaman bank. Saya bayar deposit 10 peratus, iaitu RM32,250 pada 7 Januari lalu.

“Namun kini tiada apa-apa perkembangan dan mungkin ia satu penipuan.
“Saya harap polis dapat mengambil tindakan segera ke atas mereka yang terbabit bagi mengelak lebih ramai menjadi mangsa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jawaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.

No comments:

Post a Comment