Thursday, June 27, 2013

Penubuhan Koperasi Desa Mampu Pacu Ekonomi Penduduk Setempat

RAUB, 25 Jun (Bernama) -- Penduduk kawasan luar bandar perlu menubuhkan koperasi untuk memakmurkan kegiatan ekonomi di kawasan setempat, sekaligus memberi manafaat kepada mereka untuk lebih berdaya maju dalam bidang keusahawanan.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=958734
Published: Jun 27, 2013

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan Pahang Datuk Shahiruddin Ab Moin berkata penubuhan koperasi dilihat akan menggalakkan komuniti setempat menjalankan perniagaan dan sekaligus dapat menjana ekonomi mereka.

"Penubuhannya tidak semesti dengan keahlian yang ramai, tetapi ia boleh bermula dengan 30 atau 50 orang dan jika ada yang berminat boleh didaftarkan kemudian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Koperasi Peneroka Felda Tersang, dekat sini, Selasa.

Beliau berkata perniagaan yang dijalankan pihak koperasi juga tidak semestinya berskala besar seperti kontrak atau pemborongan, tetapi boleh bermula secara kecil-kecilan.

"Kerajaan terutamanya Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bersedia memberikan bantuan awal untuk memulakan perniagaan seperti bantuan khidmat nasihat, mengurus pinjaman dan sebagainya," katanya.

Beliau yang juga Anggota Dewan Negeri kawasan Dong berkata sehingga akhir Disember 2012, sebanyak 779 koperasi dengan seramai 293,326 ahli ditubuhkan di Pahang.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment