Wednesday, December 12, 2012

635 koperasi tiada tauliah

KUALA TERENGGANU: Beberapa koperasi kredit yang menjalankan sistem kewangan Islam di negara ini dikesan tidak mempunyai sijil pentauliahan kewangan Islam daripada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa).

Presidennya, Profesor Datuk Dr Mohd Ali Baharum berkata, hanya 15 daripada 650 koperasi kredit di negara ini mempunyai tauliah untuk menjalankan sistem kewangan Islam, manakala selebihnya masih belum mendapat pentauliahan, tetapi menjalankan sistem berkenaan.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/635koperasitiadatauliah/Article/index_html
Published: December 12, 2012

“Angkasa meminta semua koperasi yang menjalankan sistem kewangan Islam menepati Syariah, memohon pentauliahan daripada Angkasa.

“Sehingga kini hanya 50 koperasi memohon untuk mendapatkan sijil kewangan Islam dan 15 daripadanya sudah diluluskan termasuk dua koperasi di negeri ini iaitu Koperasi Warga Pendidikan Terengganu Berhad (Koguru) serta Koperasi Permodalan Guru-Guru dan Kakitangan Perkhidmatan Pelajaran Melayu Terengganu Berhad (Komodal),” katanya ketika ditemui pada Program Transformasi Kewangan Islam Dalam Gerakan Koperasi, semalam.

Menurutnya, koperasi yang memperoleh sijil pentauliahan akan dipantau Angkasa dan tauliah itu perlu diperbaharui setiap dua tahun bagi memastikan koperasi yang menjalankan sistem kewangan Islam menepati garis panduan ditetapkan.

“Permohonan percuma boleh dibuat kepada Angkasa melalui dalam talian atau bertulis. Jika ia menepati peraturan ditetapkan Angkasa akan meluluskannya dalam tempoh tiga bulan sebelum menganugerahkan sijil pentauliahan kepada koperasi berkenaan,” katanya.

Mohd Ali berkata, pihaknya menyasar semua koperasi kredit menjalankan sistem kewangan Islam.

“Angkasa akan memberi penerangan kepada koperasi bagi memastikan mereka memahami konsep sebenar sistem kewangan Islam seterusnya memohon untuk menjalankan sistem berkenaan,” katanya.

No comments:

Post a Comment