Wednesday, December 5, 2012

Koleksi mewah Pandora di tangga kedua dunia

Adalah menjadi satu kepuasan apabila memiliki barang kemas yang eksklusif dan mewah bagi pengguna di kalangan wanita. Kalau dahulu, pengguna hanya mengenali emas kuning dan putih, kini kehadiran barangan kemas jenama Pandora di pasaran tempatan sejak dua tahun lalu telah membawa satu evolusi baru dalam segmen ini.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/koleksi-mewah-pandora-di-tangga-kedua-dunia-1.109279
Published: December 04, 2012

Koleksi mewah Pandora di tangga kedua dunia Datin Zarida Noordin

Pengarah Urusan Pandora Malaysia, Datin Zarida Noordin berkata, barangan kemas berjenama Pandora kini mempunyai peminat dan permintaan tinggi di kalangan pengguna pelbagai peringkat usia daripada remaja sehinggalah golongan berusia.

“Kalau dahulu, pelanggan sasaran adalah kepada mereka yang berusia 25 hingga 45 tahun, tetapi trend Pandora telah merubah fenomena itu dan mula diterima pengguna sama ada untuk dijadikan perhiasan diri mahupun hadiah istimewa kepada insan tersayang.

“Ini kerana, reka bentuk Pandora sesuai untuk semua lapisan umur dan boleh disesuaikan dengan gaya dan cita rasa pelanggan,” katanya, ketika ditemui Sinar Harian sempena pelancaran koleksi Hari Krismas Pandora di Ibu Pejabat Habib, di Ampang.

Menurutnya, syarikatnya turut berhasrat menjadikan barang kemas Pandora sebagai salah satu keperluan aksesori bagi semua golongan wanita.

Jualan barangan kemas Pandora, paling laris didorong oleh tiga perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Krismas dan Hari Kekasih. Ini berikutan pengguna mahukan Pandora dijadikan hadiah istimewa buat yang tersayang.

Zarida berkata, sehingga kini, Pandora mempunyai lebih 700 koleksi sedia ada yang terdiri daripada koleksi hari raya, musim bunga, luruh dan sejuk, serta detik-detik indah pembeli.

Dua tahun miliki 15 cawangan

Pandora International kini berada di tangga kedua di dunia bagi jualan dan penjenamaan dalam segmen barang kemas selepas jenama Tiffany dan turut berhasrat untuk menjadi nombor satu pada masa akan datang.

Minggu lalu, Pandora mengukuhkan lagi kedudukan-nya dengan membuka sebuah lagi cawangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sekali gus menjadi cawangan yang ke-15 dalam negara.

“Kami berhasrat membuka cawangan yang ke-16 dalam tempoh terdekat selepas mengenal pasti lokasi yang strategik.

“Kini Pandora telah mempunyai 15 cawangan di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Menurutnya, bagi mengembangkan pasaran ke seluruh negara agar mudah diperoleh oleh pengguna, Pandora kini sedang meninjau lokasi yang berpotensi untuk membuka cawangan baru antaranya, di bandar besar seperti Johor.

Pelaburan membuka sesebuah cawangan Pandora memerlukan perbelanjaan yang tinggi kerana reka bentuk dan semua kelengkapan perlu sama dan menepati konsep serta barangan yang sama di Denmark, agar seragam dengan konsep di semua cawangan seluruh dunia.

Sempena perayaan Hari Krismas yang akan datang, Pandora turut memperkenalkan koleksi Hari Krismas dengan kombinasi reka bentuk klasik dan kontemporari untuk dijadikan hadiah mahupun milik peribadi.

Koleksi terbaru itu kini boleh didapati di semua cawangan Pandora seluruh negara sehingga Zarida Disember ini.

Info

-Mula diperkenalkan di Copenhagen, Denmark pada 1982.
-Dipasarkan di Malaysia secara eksklusif oleh Habib Jewels.
-Dikenali lebih 50 negara seluruh dunia.
-100 peratus buatan tangan dan tulen.
-Barangan ditawarkan serendah RM100
-Boleh dicuci semula secara percuma di mana-mana cawangan.

-Cawangan Pandora di Malaysia adalah di Bangsar Village II, Empire Shopping Gallery Subang, 1 Mont Kiara, Mid Valley Megamall, Tropicana City Mall, Gurney Plaza Penang, Setia City Mall Shah Alam, Paradigm Mall Kelana Jaya, Alamanda Putrajaya, Pavillion, Suria KLCC, Tangs 1 Utama dan Ampang Point.

No comments:

Post a Comment