Sunday, December 16, 2012

Denda RM100,000 Jika Jalankan Aktiviti Jualan Murah Tanpa Kelulusan - KPDNKK Sarawak

KUCHING, 15 Dis (Bernama) -- Peniaga yang menjalankan aktiviti jualan murah tanpa kelulusan boleh didenda RM100,000 atau penjara tiga tahun mengikut Akta Perihal Dagangan, kata Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=915671
Published: December 16, 2012

Beliau berkata peniaga perlu mendapat kelulusan KPDNKK bagi mengelak pengguna ditipu dengan jualan murah yang diadakan.

"Antara syarat bagi menjalankan aktiviti jualan murah ialah peniaga perlu memastikan bahawa tidak kurang daripada 70 peratus daripada kesemua barangan yang dipamer termasuk dalam jualan murah yang akan diadakan, peniaga perlu mengemukakan harga barangan sebelum dan ketika jualan murah diadakan, dan jualan murah perlu diadakan sekurang-kurangnya selama sebulan," katanya

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Pelancaran Program Kembali ke Sekolah dan Kempen Penurunan Harga 2012 Peringkat Sarawak yang disempurnakan Setiausaha Persekutuan Sarawak Datuk Md Yahya Basimin.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad Uzir berkata sehingga November lepas, sebanyak 1,134 permit jualan murah dikeluarkan di negeri ini, manakala sejumlah 692 kes menjalankan aktiviti jualan murah tanpa kelulusan dikesan.

-- BERNAMA 

No comments:

Post a Comment