Monday, December 17, 2012

Dana khas penjaja kecil

PERBADANAN Nasional Bhd (PNS) menyediakan dana khas dengan peruntukan awal RM4.2 juta untuk tempoh setahun sebagai pembiayaan dan bimbingan bagi membangunkan peniaga dan penjaja kecil Bumiputera sebagai penyedia lesen perniagaan dan francaisor.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Danakhaspenjajakecil/Article/index_html
Published: December 17, 2012

pix_middle
Syed Kamarulzaman Syed Zainol Khodki Shahabudin

Pengarah Urusannya, Syed Kamarulzaman Syed Zainol Khodki Shahabudin berkata, ia akan digunakan antaranya untuk menaik taraf kalangan peniaga dan penjaja kecil terutama Bumiputera yang berdaya maju bagi dinaik taraf dan dibangunkan sebagai francaisor.

“Ketika ini kami sedang mengenal pasti 50 peniaga dan penjaja kecil yang berdaya maju, terutama Bumiputera untuk dinaik taraf dan dibangunkan sebagai francaisor menerusi Program Transformasi Perniagaan.

“Program ini antara inisiatif kerajaan dalam merealisasikan hasrat Malaysia menjadi hab perniagaan francais, sekali gus membantu Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020,” katanya kepada Bisnes Metro.

Untuk itu, katanya, PNS akan bekerjasama dengan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Bumiputera bagi mengenal pasti peniaga dan penjaja berpotensi.

“PNS akan menyediakan pinjaman sehingga 90 peratus dengan tempoh bayaran balik selama lima tahun kepada peminjam di bawah Program Transformasi Perniagaan ini.

“Mereka yang dikenal pasti akan lebih dulu dibangunkan menggunakan konsep perniagaan pelesenan. Selepas dua hingga tiga tahun, mereka akan dinaik taraf kepada francaisor dan program ini juga bertujuan mewujudkan peluang perniagaan kepada peniaga kecil yang lain,” katanya.

Syed Kamarulzaman berkata, program itu turut membabitkan peniaga dan penjaja dalam semua sektor perniagaan yang boleh dikembangkan menggunakan model pelesenan serta francais selain boleh dibantu meluaskan pasaran ke pasaran antarabangsa.

No comments:

Post a Comment