Wednesday, December 5, 2012

Genneva Malaysia rugi besar - Laporan forensik

KUALA LUMPUR: Hasil siasatan terbaru agensi penguatkuasaan terhadap beberapa syarikat disyaki mengendalikan skim pelaburan haram menggunakan emas, khususnya Genneva Malaysia Sdn Bhd, mendapati akaun syarikat berkenaan menunjukkan kerugian besar pada tahun ini dan mempunyai liabiliti melebihi 10 kali aset dimiliki. 

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20121203/ek_06/Genneva-Malaysia-rugi-besar---Laporan-forensik
Published: December 04, 2012

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kerugianbesar/Article/index_html
Published: December 04, 2012

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan semalam berkata, hasil laporan awal perakaunan forensik turut mendapati operasi sebenar syarikat terbabit yang menjual emas pada kadar kira-kira 20 hingga 25 peratus lebih tinggi daripada pasaran, membayar pulangan dua hingga tiga peratus sebulan kepada pelanggan dan membeli balik emas dengan harga asal belian adalah sesuatu yang tidak dapat dikekalkan.

Menurut BNM, syarikat berkenaan mampu meneruskan operasi selama ini dengan hanya bergantung pada wang pelaburan daripada pelanggan baharu untuk aliran tunai.

“Dokumentasi yang disita menunjukkan lebih daripada 8,000 pelabur sudah membuat pembayaran untuk pelaburan emas belum menerima emas mereka yang jumlahnya melebihi 4,000 kilogram.

“Selain itu terdapat juga pelabur yang menyerahkan emas mereka kepada syarikat berkenaan, namun belum menerima bayaran balik tunai yang jumlahnya melebihi RM80 juta,” katanya.

Kenyataan itu turut menegaskan, wang dan emas yang dibekukan serta disita itu dikehendaki untuk tujuan penyiasatan dan hanya akan dilepaskan dengan arahan mahkamah, namun usaha mempercepatkan siasatan sedang dilakukan bagi mencapai penyelesaian awal.

 “Agensi penguatkuasaan menerima banyak rayuan daripada pihak yang terbabit dengan Genneva Malaysia Sdn Bhd untuk melepaskan wang dibekukan (RM99.8 juta) dan emas (126 kilogram) yang disimpan sebagai bukti,” katanya. “Wang dan emas itu hanya boleh dilepaskan dengan arahan mahkamah dan orang ramai dinasihati merujuk kepada laman web BNM,” katanya.

No comments:

Post a Comment