Saturday, December 8, 2012

Usahawan Diingat Manfaatkan Sepenuhnya Pinjaman Tekun

KOTA BAHARU, 6 Dis (Bernama) -- Usahawan kecil yang menerima bantuan pinjaman di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (Tekun) dinasihatkan supaya memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang disediakan kerajaan itu untuk masa depan perniagaan mereka.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=714491
Published: December 07, 2012

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/usahawan-diingat-manfaatkan-sepenuhnya-pinjaman-tekun-1.110353
Published: December 07, 2012

Pengerusi Majlis Pertanian Persekutuan Parlimen Kota Baharu Datuk Mohd Fatmi Che Salleh berkata mereka perlu membayar balik pinjaman itu mengikut jadual bagi membolehkan kerajaan membantu usahawan lain yang memerlukannya.

"Mereka perlu membuat perubahan dengan anjakan paradigma yang baru demi masa depan tanpa terpengaruh dengan anasir luar yang memandang negatif terhadap usaha kerajaan membantu mereka," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas majlis penyampaian cek Tekun Nasional kepada kira-kira 50 usahawan kecil di sini, Khamis.

Mohd Fatmi yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri berkata bantuan pinjaman yang disalurkan melalui Tekun itu membuktikan kerajaan prihatin dalam usaha membantu rakyat khususnya golongan usahawan bumiputera di seluruh negara.

Katanya sejak Tekun diwujudkan di Kelantan pada 1988, kerajaan telah meluluskan pinjaman berjumlah RM193,135,500 kepada 20,457 usahawan dari seluruh negeri, sehingga Disember ini.

Beliau berkata bagi tahun ini, jajahan Tumpat mendapat pinjaman terbanyak iaitu sebanyak RM3.1 juta diikuti Kota Baharu sebanyak RM2.8 juta.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment