Wednesday, December 19, 2012

Untung Pracukai Poh Kong Susut Kepada RM15.889 Juta Dalam Suku Pertama 2012

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Keuntungan pracukai Poh Kong Holdings Bhd untuk suku pertama berakhir 31 Okt, 2012, merosot kepada RM15.899 juta daripada RM25.822 juta dalam suku yang sama tahun lepas.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=916284
Published: December 19, 2012

Pendapatan kumpulan turun kepada 194.730 juta berbanding RM230.646 juta dalam suku yang sama tahun lepas.

Pendapatan yang rendah terutamanya disebabkan oleh permintaan lembap untuk produk emas seperti jongkong dan wafer emas, kata Poh Kong dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Selasa.

Mengenai prospek, kumpulan berkata ia akan terus meningkatkan penguasaan pasaran dengan menambah tawaran produknya kepada segmen pasaran yang disasarkan.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment