Thursday, October 25, 2012

Dana RM20j bantu pesara berniaga

Kuala Lumpur: Bank Muamalat Malaysia Bhd menyasar menyalur pembiayaan berjumlah RM20 juta di bawah Skim Pembiayaan Mikro yang dikendalikannya dalam tempoh 18 bulan akan datang. 

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DanaRM20jbantupesaraberniaga/Article
Published: October 25, 2012

 Musa   (dua dari kiri), bersama Presiden Pesara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), Datuk Mohd Shariff Osman (kiri), Timbalan Presiden Persatuan Bebas Tentera Malaysia, Mejar Datuk Mohd Ismail Salleh (tengah) dan lembaga pengarah Bank Muamalat,  melihat prospektus Skim Pembiayaan Mikro  yang   dilancarkan di Kuala Lumpur, semalam.  
Musa (dua dari kiri), bersama Presiden Pesara Wilayah Persekutuan 
Kuala Lumpur (WPKL), Datuk Mohd Shariff Osman (kiri), Timbalan 
Presiden Persatuan Bebas Tentera Malaysia, Mejar Datuk Mohd Ismail 
Salleh (tengah) dan lembaga pengarah Bank Muamalat, melihat 
prospektus Skim Pembiayaan Mikro yang dilancarkan di 
Kuala Lumpur, semalam.

Bank Muamalat tawar Skim Pembiayaan Mikro
Kuala Lumpur: Bank Muamalat Malaysia Bhd menyasar menyalur pembiayaan berjumlah RM20 juta di bawah Skim Pembiayaan Mikro yang dikendalikannya dalam tempoh 18 bulan akan datang.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Musa Abdul Malek, berkata skim itu ditawarkan khusus untuk pesara kerajaan termasuk anggota tentera yang berpencen, isteri tentera dan peneroka FELCRA.
Beliau berkata, skim itu adalah tambahan kepada dana pembiayaan sedia ada bank itu, tetapi Skim Pembiayaan Mikro Bank Muamalat ditawarkan dengan kadar faedah rendah kerana menggunakan peruntukan Dana Mikro Enterpris yang disediakan Bank Negara Malaysia (BNM).

Musa berkata, skim itu bertujuan menyediakan modal permulaan kepada golongan berkenaan untuk memulakan usaha niaga, menambah modal perniagaan atau memperbesarkan perniagaan sedia ada.

Kadar berpatutan
“Menerusi skim ini, kami menawarkan kadar yang sangat berpatutan kepada peminjam iaitu 3.60 peratus setahun berbanding 5.2 peratus bagi pembiayaan mikro yang bank tawarkan menerusi dananya sendiri sebelum ini,” kata selepas pelancaran Skim Pembiayaan Mikro Bank Muamalat di sini, semalam.
Skim Pembiayaan Mikro Bank Muamalat itu menawarkan pembiayaan antara RM5,000 hingga RM50,000 dengan tempoh pembayaran balik hingga tujuh tahun.

Bank Muamalat ialah antara 10 bank di negara ini yang menawarkan Skim Pembiayaan Mikro yang dananya diperoleh daripada Dana Mikro Enterprise BNM yang mempunyai saiz dana keseluruhan berjumlah RM200 juta.

Dalam pada itu, menerusi skim pembiayaan mikro untuk pesara kerajaan dan tentera yang menggunakan dana bank itu sendiri sejak dua tahun lalu, sejumlah RM19 juta pembiayaan sudah disalurkan kepada peminjam.

Mengulas lanjut, Musa berkata, Skim Pembiayaan Mikro Bank Muamalat menawarkan pinjaman tanpa cagaran dan penjamin, manakala peminjam diberi perlindungan takaful sekiranya berlaku kematian sepanjang tempoh pembiayaan.

Katanya, sejajar dengan kehendak BNM yang menyediakan Dana Mikro Enterpris supaya bank penyalur memastikan proses mendapatkan pembiayaan adalah mudah, cepat dan senang.

No comments:

Post a Comment