Friday, October 26, 2012

Angkasa lancar produk makanan jenama Angkasa Food

KUALA LUMPUR - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) yang menaungi 8,000 koperasi di seluruh negara, kini menceburi bidang produk makanan di bawah jenama Angkasa Food.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/angkasa-lancar-produk-makanan-jenama-angkasa-food-1.97991
Published: October 26, 2012

Antara produk tersebut ialah nasi lemak Pak Nasir, sate, roti jala dan pelbagai perencah masakan yang turut dieksport ke beberapa negara Asia Barat seperti Arab Saudi, Dubai dan Iran bermula bulan depan.

Presiden Angkasa, Prof Datuk Dr Mohd Ali Baharum hari ini melancarkan jenama itu serta memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan dua syarikat pembekal ayam dan daging iaitu Juara Rasa Maju Sdn Bhd dan Sidratul Muntaha Abjad Sdn Bhd.

"Angkasa juga akan memasarkan ayam dan daging mentah serta produk berasaskannya seperti daging burger, bebola ayam dan nuget bagi pasaran dalam
dan luar negara," katanya kepada pemberita selepas perasmian pusat pengedaran makanan berpusat dan produk makanan Angkasa Food di sini.

Katanya, bagi jualan dalam negara, Angkasa menyasarkan RM5 juta untuk produk makanan bermasak dan RM30 juta bagi produk ayam dan daging mentah tahun depan.

Pada majlis sama Mohd Ali turut menandatangani MoU dengan Koperasi Pengangkutan Putrajaya dan Cyberjaya yang akan mengendalikan urusan pengangkutan
Angkasa Food, serta Koperasi Pembangunan Daerah Alor Gajah yang menjadi koperasi pertama memasarkan produk Angkasa Food. - Bernama

No comments:

Post a Comment