Wednesday, October 31, 2012

Bank Negara percetakan siasatan ke atas Genneva Malaysia

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia akan mempercepatkan siasatan ke atas syarikat urus niaga emas, Genneva Malaysia Sdn Bhd, dalam usaha menyelesaikan segera perkara itu.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/semasa/bank-negara-percetakan-siasatan-ke-atas-genneva-malaysia-1.99155
Published: October 31, 2012

"Kami mempercepatkan kesemua siasatan agar kami dalam menyelesaikannya dengan segera.

Kami tahu yang ramai penyimpan dan pelabur mahu tahu kesudahannya, jadi, kami akan mempercepatkannya sebaik mungkin," kata gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz kepada pemberita di luar majlis Kongres  Insurans Asia Timur ke-26 di sini.

Pada 1 Okt, pasukan polis, Bank Negara dan Suruhanjaya Syarikat-syarikat Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah membuat serbuan ke atas Genneva dan sekutunya di  dalam negara kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan.

Tiga syarikat lain, Pageantry Gold Bhd, Caesar Gold Sdn Bhd dan Worldwide Far East Bhd, turut diserbu.

Kesemua syarikat ini disiasat kerana disyaki melakukan kesalahan seperti mengambil deposit secara haram, mengubah wang haram, mengelak cukai, memberikan gambaran yang salah termasuk deskripsi palsu dan melantik  ejen tanpa lesen. - Bernama

No comments:

Post a Comment