Sunday, October 21, 2012

Produk Coop 1Malaysia Dapat Sambutan Menggalakkan Di Sabah - Yahya

TAWAU, 20 Okt (Bernama) -- Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin yakin produk Coop 1Malaysia akan mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan anggota koperasi di Sabah berikutan harga produknya lebih murah.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=703573
Published: October 21, 2012

Sehubungan itu, beliau mahu rakyat memberi sokongan kepada pertumbuhan produk Coop 1Malaysia di Sabah bagi memastikan ia terus berkembang maju dan berdaya saing.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya sempena perasmian Mini Karnival Pemborongan dan Peruncitan Zon Sabah 2012, di sini. Teks ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Menurut Yahya, kerajaan memberi jaminan untuk terus memberi sokongan dan bantuan kepada koperasi melalui pelbagai agensinya seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

"Progrqam Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) telah melibatkan 43 buah keperasi di negeri ini. Kerajaan menerusi SKM telah meluluskan geran bantuan pembangunan sehingga RM65,000 setiap koperasi yang terlibat dalam runcit," kata Yahya juga pengerusi Majlis Perundingan Koperasi Negeri Sabah.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment