Saturday, October 6, 2012

KOPERASI Bank Persatuan Malaysia Berhad Tambah cawangan di lima negeri

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tambahcawangandilimanegeri/Article/index_html

Published: October 05, 2012

KOPERASI Bank Persatuan Malaysia Berhad (Bank Persatuan) bercadang membuka beberapa lagi cawangan baru khususnya di lima negeri yang belum mempunyai cawangan bank berkenaan sebelum akhir tahun ini sebagai tambahan kepada 14 cawangan sedia ada sekarang.

Pengerusinya, Jamal Abdullah berkata, penambahan bilangan cawangan itu mampu mendorong peningkatan jumlah pendepositnya yang kian meningkat setiap tahun.

“Negeri yang belum mempunyai cawangan ialah di Terengganu, Johor, Negeri Sembilan, Sabah serta Sarawak dan ia bergantung kepada kelulusan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

“Akhir tahun ini, kami merancang membuka cawangan di Johor dan Terengganu, tetapi perlu mendapatkan kelulusan daripada suruhanjaya terlebih dahulu,” katanya selepas perasmian cawangan bank itu oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Melaka, semalam.

Beliau berkata, hasil kerjasama Kerajaan Melaka yang menggalakkan koperasi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) melabur, cawangan bank berkenaan yang beroperasi sejak Januari lalu sehingga September kini menjana pelaburan berjumlah RM20 juta.

Menurutnya, sehingga kini bank itu mempunyai deposit RM800 juta dengan masing-masing terdiri daripada RM400 juta pemegang deposit dan bakinya deposit pemegang saham di seluruh Malaysia.

No comments:

Post a Comment