Thursday, April 18, 2013

Seramai 106,947 Peserta Beroleh Manfaat Program 1Azam

PUCHONG, 17 April (Bernama) -- Seramai 106,947 peserta terdiri daripada mereka yang berpendapatan rendah di seluruh negara, beroleh manfaat program Teman Akhiri Zaman Miskin (1Azam) sejak 1 Jan 2012 hingga 2 Jan tahun ini, menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=942972
Published: April 18, 2013

KPWKM dalam satu kenyataan hari ini berkata antara projek yang mendapat sambutan adalah jahitan, perniagaan kedai makanan dan kuih-muih.

Sementara itu, seramai 40 lagi peserta program 1Azam menerima barangan permulaan perniagaan pada Program KAR1SMA 2013 di Kompleks Rakan Muda Puchong, Selangor hari ini.

"Bantuan ini merupakan usaha kerajaan untuk membolehkan golongan itu hidup berdikari," kata kenyataan itu.

Selain itu, golongan berkenaan layak dipertimbang untuk pinjaman kewangan melalui skim pinjaman mikro daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), yang juga merupakan rakan kongsi pintar kementerian dalam Program Azam Niaga, dan Azam Khidmat untuk memajukan perniagaan.

Melalui bantuan Azam Niaga, peserta dilatih serta dibimbing menerusi pendekatan sosioekonomi dan inovatif bagi memilih bidang yang mereka minat dan mahir berdasarkan potensi individu.

-- BERNAMA 

No comments:

Post a Comment