Monday, April 29, 2013

Harga produk diseragam di Redang

SETIU 28 April - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan melancarkan Program Penyeragaman Harga di Pulau Redang esok.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20130429/wt_04/Harga-produk-diseragam-di-Redang
Published: April 29, 2013

Kementerian melalui pejabatnya di sini memberitahu, program berkenaan sebelum ini telah dilaksanakan di Pulau Perhentian, Besut pada 2009 dan kali ini akan diperluaskan di Pulau Redang.

Menurut kenyataan itu, program dilaksanakan di kawasan-kawasan terpilih seluruh negara bermula pada tahun 2009 bertujuan memastikan pengguna di kawasan luar bandar dan pedalaman mendapat bekalan barangan keperluan pada harga subsidi.

Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Saripuddin Kasim akan melancarkan program berkenaan di Pusat Jualan Petrol/Diesel Kampung Baru, Pulau Redang.

Antara produk yang termasuk dalam program ini ialah gula, tepung gandum, minyak masak, petrol/diesel dan gas petroleum cecair.

No comments:

Post a Comment