Thursday, April 11, 2013

Lapan strategi pertingkat francais KFC

QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd bakal melaksanakan lapan strategi utama yang baru digariskan syarikat itu bagi membawa perniagaan francais rangkaian restoran KFC ke peringkat lebih tinggi.

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/LapanstrategipertingkatfrancaisKFC/Article
Published: April 11, 2013

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Transformasistrategik/Article/index_html
Published: April 11, 2013

Lapan strategi pertingkat francais KFC
Ahmad Zaki pada pelancaran menu terbaru KFC Spicy 
Korean Crunch di Damansara, semalam.

Difahamkan lapan strategi transformasi perniagaan itu membabitkan aspek penjenamaan, konsep rangkaian restoran, struktur operasi perniagaan, rancangan penambahan cawangan baru serta menaik taraf rangkaian restoran sedia ada.

Pengarah Urusannya, Datuk Ahmad Zaki Zahid, berkata transformasi perniagaan itu akan dilaksanakan di semua rangkaian francais KFC yang dimiliki syarikat itu khususnya di Malaysia, Singapura serta India.

Ambil alih dua syarikat

Pada Januari lalu, Triple Platform Sdn Bhd (Triple Platform), syarikat induk sementara bagi KFC Holdings Bhd dan QSR Brands Bhd memuktamadkan transaksi keseluruhan bagi pengambilalihan dua syarikat berkenaan yang bernilai RM5.12 bilion.

Susulan pengambilalihan itu, KFC Holdings dan QSR Brands dikeluarkan daripada penyenaraiannya di Bursa Malaysia dan Triple Platform ditukarkan namanya kepada QSR Brands (M) Sdn Bhd (QSR).

Ahmad Zaki berkata, syarikat kini sudah boleh menumpukan usaha ke arah menambah baik dan meningkatkan lagi prestasi perniagaan selepas memuktamadkan penyusunan semula operasi QSR Brands dan KFC Holdings.

“Pelaksanaan strategi ini dilakukan mengikut segmen pasaran berlainan mengambil kira faktor perbezaan negara yang mewakili budaya dan cita rasa pelanggan yang juga berbeza.

“Kami akan mengadakan taklimat untuk memperincikan strategi transformasi ini tidak lama lagi,” katanya pada sidang media selepas pelancaran KFC Spicy Kokelmarin.

Pelbagai cita rasa

Pada majlis itu, KFC Malaysia melancarkan menu barunya, KFC Spicy Korean Crunch sebahagian daripada usaha berterusannya dalam memperkenalkan pelbagai cita rasa ayam goreng dari semasa ke semasa.

“Sehingga kini, kami sudah memperkenalkan beberapa menu ayam goreng berlainan yang masing-masing ditawarkan dalam jangka masa terhad bagi meningkatkan minat pelanggan untuk menikmati hidangan di KFC.

“Kami yakin menu baru ini akan menerima sambutan kukuh pelanggan berbanding menu ayam goreng ini, iaitu KFC Tom Yum Crunch.

“Ayam ini menggunakan adunan tujuh jenis cili di seluruh dunia bagi memberikan rasa menarik sejajar selaras hiburan popular Korea di Malaysia kini.

“Kami menyasar jualan menu baru ini akan menyumbang 20 peratus daripada keseluruhan jualan sepanjang dua bulan menu ini ditawarkan, bermula semalam,” kata Ahmad Zaki.

No comments:

Post a Comment